May 18, 2019

REIWA : Era Maharaja Jepun yang baru, era diri sendiri?

Dah lamaa saya tak blog.
Walaupun setiap semester mengajar dan "memaksa" pelajar-pelajar saya buat blog untuk assignment kelas. Haha.

Dan hari berganti hari, profesion saya pun sudah berubah. Dari menjadi pelajar, kembali mengajar dan berhenti sebagai pensyarah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan sendiri. Masa berlalu amat pantas, saya tak sangka dah bertahun saya tinggalkan blog ini tanpa catatan yang konkrit. Sehinggalah pemergian Imam Hamanaka baru-baru ini (siapa dia Imam Hamanaka, saya akan tulis dalam catatan yang lain), saya tersedar bahawa jika saya tidak menulis, kenangan itu hanya tinggal kenangan. Dan tiada apa yang boleh dilakukan dengan kenangan yang tidak ditinggalkan.

Tahun ini, tahun yang amat bermakna buat saya.
Satu cita-cita yang dah lama saya pendam, iaitu untuk "bekerja dari rumah" sudah tercapai.
Ada satu lagi cita-cita yang belum tercapai, tapi jangan tanya apa dia sebab cita-cita saya pelik belaka. Haha.

Tahun ini era baru untuk Jepun. Maharaja baru yang perlu menangani cabaran yang lain daripada yang dulu. Sama juga seperti saya, perlu menghadapi cabaran baru setelah keluar dari zon selesa. Perkara pertama yang saya nak buat ialah, saya mahu lebih banyak menulis. Tak kisahlah kat mana pun. I just want to keep my ideas, thoughts flowing.

Perkara kedua, saya nak kongsikan refleksi daripada apa yang saya pelajari melalui pengalaman saya di Jepun. Dulu bila handle banyak kelas, saya ada peluang bercerita dengan pelajar-pelajar saya. Sekarang, dah kurang peluang tu sebab cuma mengajar seminggu sekali. Sebelum saya terlupa, lebih baik saya kongsikan. Mungkin pernah dikongsikan di facebook dan sebagainya, tapi saya akan simpan juga di sini.

Perkara ketiga, saya rasa seru itu sudah sampai. Dulu saya tak nak buat, dan saya benci bila buat. Sekarang saya rasa masanya sudah tiba. Apa benda tu? Tak nak bagitau. Hahaha.

Oh ya, gambar ini diambil di Dogo Onsen syotengai, iaitu deretan kedai-kedai di menuju ke arah Dogo Onsen, iaitu onsen (kolam air panas) tertua di Jepun. Dogo onsen ini telah bemula 1000 tahun yang lalu, dan ada disebut di dalam Manyoshu (iaitu koleksi puisi dalam bahasa Jepun klasik yang tertua). Perkataan "Reiwa" juga dipetik daripada Manyoshu ini.


No comments:

My Cat's Video