Jun 17, 2019

TIPS MEMILIH PENGINAPAN DI JEPUN

Dah beli tiket flight? Kan tengah sale sekarang. Saya dah beli 2 tiket malam tadi ke Osaka dan Hokkaido untuk 2 confirmed trips. 

 Lepas beli tiket flight, sampai masanya untuk pilih tempat penginapan. Bagi yang pergi pada musim puncak, sila tempah penginapan seawal mungkin untuk mengelakkan harga yang melambung pada saat akhir, atau paling teruk lagi, tiada penginapan yang kosong pada tarikh yang diingini. Ok, sekarang saya nak bagi tips memilih penginapan di Jepun. 

  1. Bina itinerari terlebih dahulu. Ini sesuai jika anda memang ada target ke mana nak pergi untuk dilawati. Lebih detail lebih baik kalau yang newbies, kalau dah otai, tak detail sangat pun tak apa.
  2. Kenalpasti laluan (line) tren/subway yang paling banyak digunakan dalam itinerari. Ini membolehkan anda mengoptimakan penggunaan pas tren yang sesuai. 
  3. Kenalpasti stesen yang paling convenient dalam laluan tren yang banyak digunakan itu. Maksud convenient ialah, tidak banyak pertukaran untuk ke lapangan terbang, atau yang dekat dengan kedai/masjid dan sebagainya (ini terpulang kepada individu) 
  4. Pilih tempat penginapan (hotel/apartment/airbnb) yang berdekatan dengan stesen tersebut. Paling baik jika ia terletak kurang daripada 8 minit berjalan kaki (ini sifir saya). Ini kerana 1 minit jalan kaki bersamaan 80 meter (ini standard Jepun). 10 minit bersamaan 800m. Saya bukan tak suka jalan jauh, tapi tak suka nak heret beg jauh-jauh. Bising. Tu belum kalau winter lagi. Beku. So kalau saya, 8min jalan kaki tu (640m) tu dah kira maksimumlah. Clients saya pun saya akan pilihkan penginapan ikut sifir ni. 
  5. Pilih penginapan yang sesuai dengan kehendak kita. Kalau nak masak, mesti ada dapur dan peralatan, kalau beg berat, mesti ada lif, nak basuh baju kena ada mesin basuh, kalau suka iron baju dan tudung kena ada iron (unless bawa sendiri). Harga tak semestinya paling murah. Mestilah padan dengan kehendak kita. 
  6. Satu lagi saya nak ingatkan, di Jepun, penginapan dikira per pax. Maksudnya harga ikut jumlah orang sebilik/apartment. Bukan sumbat 9 orang satu apartment tapi masa booking letak 1 orang je. Memanglah nak kena halau. Di sana mereka tidak teragak-agak untuk memanggil polis jika tetamu buat hal, contohnya buat bising, berparti, mengganggu ketenteraman orang lain, merosakkan barang dalam rumah dah sebagainya. 
 Oh ya, lupa nak bagitau. Ini cara saya. Mungkin lain orang ada cara yang lain. Tapi mesti sistematik dan ambil maklum pelbagai perkara. Jangan lupa baca review sebelum buat penempahan sebab kadang-kadang memang gambar lagi cantik dari yang realiti, atau tuan rumah memang ada hajat menipu, paling tidak pun cancel last minute.

Penting juga diingatkan bahawa kita mesti ada sense of give and take bila pilih penginapan. Kadang-kadang tak semua yang kita nak, kita dapat. Pandai2 lah buat pertimbangan. 

Kalau tak ada masa atau tak tahu nak pilih penginapan, boleh contact saya. Kalau nak explore sendiri, ground arrangement sahaja pun #teamichigo buat. Virtual guide services pun ada. Ramai juga yang pergi conference di Jepun guna perkhidmatan kami. Yang pergi holiday tapi nak adventure pun ada. Tak payah pening kepala. 

 *Gambar ini adalah apartment yang saya book untuk diri sendiri di antara 2 trips bulan April lalu. 400m dari stesen tren dan supermarket, lengkap dengan dapur, mesin basuh dan sistem pengering dalam rumah. Iron pun disediakan. Harga ngam tapi tak ada lif. It's ok for me sebab I always travel light. 😊 #teamichigo #ichigoservices #tipskejepun

No comments:

My Cat's Video