Japan As I Know
Dec 24, 2023
Jun 17, 2019
TIPS MEMILIH PENGINAPAN DI JEPUN
Dah beli tiket flight? Kan tengah sale sekarang.
Saya dah beli 2 tiket malam tadi ke Osaka dan Hokkaido untuk 2 confirmed trips.
Lepas beli tiket flight, sampai masanya untuk pilih tempat penginapan. Bagi yang pergi pada musim puncak, sila tempah penginapan seawal mungkin untuk mengelakkan harga yang melambung pada saat akhir, atau paling teruk lagi, tiada penginapan yang kosong pada tarikh yang diingini.
Ok, sekarang saya nak bagi tips memilih penginapan di Jepun.
- Bina itinerari terlebih dahulu. Ini sesuai jika anda memang ada target ke mana nak pergi untuk dilawati. Lebih detail lebih baik kalau yang newbies, kalau dah otai, tak detail sangat pun tak apa.
- Kenalpasti laluan (line) tren/subway yang paling banyak digunakan dalam itinerari. Ini membolehkan anda mengoptimakan penggunaan pas tren yang sesuai.
- Kenalpasti stesen yang paling convenient dalam laluan tren yang banyak digunakan itu. Maksud convenient ialah, tidak banyak pertukaran untuk ke lapangan terbang, atau yang dekat dengan kedai/masjid dan sebagainya (ini terpulang kepada individu)
- Pilih tempat penginapan (hotel/apartment/airbnb) yang berdekatan dengan stesen tersebut. Paling baik jika ia terletak kurang daripada 8 minit berjalan kaki (ini sifir saya). Ini kerana 1 minit jalan kaki bersamaan 80 meter (ini standard Jepun). 10 minit bersamaan 800m. Saya bukan tak suka jalan jauh, tapi tak suka nak heret beg jauh-jauh. Bising. Tu belum kalau winter lagi. Beku. So kalau saya, 8min jalan kaki tu (640m) tu dah kira maksimumlah. Clients saya pun saya akan pilihkan penginapan ikut sifir ni.
- Pilih penginapan yang sesuai dengan kehendak kita. Kalau nak masak, mesti ada dapur dan peralatan, kalau beg berat, mesti ada lif, nak basuh baju kena ada mesin basuh, kalau suka iron baju dan tudung kena ada iron (unless bawa sendiri). Harga tak semestinya paling murah. Mestilah padan dengan kehendak kita.
- Satu lagi saya nak ingatkan, di Jepun, penginapan dikira per pax. Maksudnya harga ikut jumlah orang sebilik/apartment. Bukan sumbat 9 orang satu apartment tapi masa booking letak 1 orang je. Memanglah nak kena halau. Di sana mereka tidak teragak-agak untuk memanggil polis jika tetamu buat hal, contohnya buat bising, berparti, mengganggu ketenteraman orang lain, merosakkan barang dalam rumah dah sebagainya.
Penting juga diingatkan bahawa kita mesti ada sense of give and take bila pilih penginapan. Kadang-kadang tak semua yang kita nak, kita dapat. Pandai2 lah buat pertimbangan.
Kalau tak ada masa atau tak tahu nak pilih penginapan, boleh contact saya. Kalau nak explore sendiri, ground arrangement sahaja pun #teamichigo buat. Virtual guide services pun ada. Ramai juga yang pergi conference di Jepun guna perkhidmatan kami. Yang pergi holiday tapi nak adventure pun ada.
Tak payah pening kepala.
*Gambar ini adalah apartment yang saya book untuk diri sendiri di antara 2 trips bulan April lalu. 400m dari stesen tren dan supermarket, lengkap dengan dapur, mesin basuh dan sistem pengering dalam rumah. Iron pun disediakan. Harga ngam tapi tak ada lif. It's ok for me sebab I always travel light. 😊
#teamichigo
#ichigoservices
#tipskejepun
May 20, 2019
Tips untuk memudahkan urusan masuk di Imigresen dan Kastam Jepun
Apa yang saya akan kongsikan ini berkaitan dengan pengalaman yang pernah saya lalui secara personal dan juga sebagai guide/penterjemah.
2 "pagar" utama yang perlu dilepasi untuk memasuki negara Jepun, iaitu Imigresen dan juga Kastam. Tersilap langkah boleh ditahan untuk disoalsiasat. Dan kalau lebih teruk lagi akan dihantar pulang atau ditahan di lokap!
Sebelum ke Jepun
1. Pastikan anda tidak membawa apa-apa barang yang menyalahi undang-undang atau barang yang mencurigakan. Contohnya dadah, barang-barang tiruan, senjata, produk berasaskan daging* dan sebagainya.
2. Sila pastikan anda mempunyai wang bekalan yang mencukupi untuk perbelanjaan di Jepun. Bawa cash yang secukupnya, bawa kad kredit/debit (jika ada), aktifkan pengeluaran ATM luar negara.
3. Anda tidak perlu memohon visa untuk memasuki Jepun sekiranya anda mempunyai passport Malaysia, tetapi pastikan passport anda jenis bercip dan tarikh sah sekurang-kurangnya 6 bulan selepas tarikh pulang dari Jepun.
Sebelum mendarat di Jepun
1. Pastikan anda mengisi borang pendaratan terlebih dahulu dengan betul. Pastikan anda mempunyai butiran tempat menginap iaitu alamat dan nombor telefon hotel/apartment/Airbnb. Sekiranya menginap di Airbnb, pastikan anda menyatakan sekali nama tuan rumah.
2. Sekiranya anda datang dengan jemputan, sama ada untuk company training, konferens atau jemputan keluarga, pastikan anda membawa sekali surat jemputan dari pihak yang berkenaan. Sekiranya anda datang untuk melancong, itu lebih mudah.
Ketika mendarat di Jepun
1. Lalui prosedur seperti yang ditentukan. Beratur di imigresen untuk diambil cap jari, gambar muka serta dokumen. Passport dan borang pendaratan diperlukan di sini.
2. Ambil beg dan terus beratur untuk pemeriksaan kastam. Serahkan borang kastam di sini. Jika datang dalam satu kumpulan, anda boleh gunakan 1 sahaja borang kastam untuk mewakili semua.
3. Pastikan anda ingat nombor kunci beg atau mempunyai kunci beg yang anda bawa. Ini memudahkan urusan apabila diminta untuk membuka beg untuk pemeriksaan.
Setelah selesai pemeriksaan di kastam, sila keluar ke balai ketibaan. Anda tidak dibenarkan menunggu rakan-rakan/keluarga selepas pemeriksaan kastam. Sekiranya ingin menunggu, buatlah sebelum pemeriksaan kastam dijalankan.
Berikut adalah pengalaman sebenar yang pernah saya lalui.
Kisah pertama : Dibawa ke bilik soal siasat kerana disyaki membawa dadah.
Kisah ini berlaku ketika saya belajar di tahun kedua prasiswazah di Jepun. Saya kembali ke Jepun setelah pulang bercuti di Malaysia. Saya masuk melalui Lapangan Terbang Narita. Ketika menunggu beg (selepas imigresen), saya diminta untuk ke bilik kecil untuk disoalsiasat.
Pegawai bertanya sama ada saya tahu undang-undang Jepun terhadap kesalahan membawa masuk dadah ke negara itu. Saya pun jadi cuak memikirkan kemungkinan ada orang yang meletakkan dadah dalam bagasi saya tanpa saya ketahui. Namun saya cuba untuk menjawab semua soalan dengan tenang.
Pegawai meminta izin untuk membuka dan memeriksa beg saya. Saya semakin cemas. Bagaimana kalau memang betul-betul ada? Adakah saya akan masuk lokap? Bagaimana kalau keluarga di Malaysia tahu?
Beliau telah memeriksa segenap sudut dalam beg saya. Tapi yang beliau jumpa (yang lain daripada yang lain) ialah sebungkus cili kering merah yang saya bawa dari Malaysia. Maklumlah, orang Melaka sentiasa nak makan yang pedas-pedas. Nak dapatkan cili yang just nice kepedasannya memanglah kena beli di Malaysia. Cili kering di Jepun yang ada di pasaran semuanya pedas sangat!
Rupa-rupanya anjing pengesan polis telah tersilap! Atau mungkin polis yang tersilap sangka tindak balas anjing terhadap cili kering saya itu. Maka beriya-iyalah pegawai tersebut meminta maaf daripada saya. Walaupun rasa sedikit marah, tetapi perasaan lega mengatasi semuanya. Alhamdulillah, saya dijauhi daripada perbuatan khianat atau yang seumpamanya.
Kisah kedua : Disoalsiasat kerana membawa barang berunsur keganasan.
Perkara ini berlaku baru-baru ini ketika saya membawa rombongan pelajar ke Jepun. Hampir kesemua ahli rombongan telah keluar ke balai ketibaan kecuali 2 orang. Kami menunggu agak lama, namun masih tiada bayang lagi. Tiba-tiba seorang lagi pelajar dipanggil masuk oleh pegawai kastam. Pada mulanya saya mengagak mereka ditahan kerana membawa produk makanan yang tidak dibenarkan. Tetapi setelah agak lama masa berlalu, saya pun menjadi syak. Saya masuk semula ke dalam (apabila pintu terbuka) dan bertanya kepada pegawai di situ.
Beliau telah menyatakan bahawa pelajar-pelajar tersebut sedang disoalsiat dan akan menghubungi saya sekiranya ada apa-apa yang diperlukan kerana saya boleh berbahasa Jepun. Beliau meminta untuk saya menunggu di luar. Sekiranya ada apa-apa, mereka akan mencari saya.
Agak sejam juga berlalu. Akhirnya pelajar-pelajar yang disoalsiat itu keluar. Apabila ditanya, rupanya salah seorang pelajar telah membawa buku yang berkisarkan tentang TERRORISME. Walaupun buku tersebut dalam Bahasa Melayu, namun perkataan "Terrorisme" sangat sensitif buat masyarakat Jepun yang mementingkan keamanan. Lebih-lebih lagi apabila Jepun akan menjadi tuan rumah kepada beberapa event penting tahun ini dan akan datang, seperti Persidangan G20, Kejohanan Ragbi Antarabangsa dan tahun depan Tokyo Olimpik.
Pemgajarannya di sini, jangan sekali-kali bawa barang yang berunsur keganasan. Sudahlah kita sebagai Muslim selalu disalahtafsir sebagai pengganas, kalau kita bawa pula barangan seumpamanya, memang dijadikan modal lah untuk disoalsiasat. Sudah beberapa kali saya dipanggil untuk pemeriksaan khas, hanya kerana saya memakai hijab. Geram pun ada kadang-kadang tu.
Kisah ketiga : Kesalahan membawa masuk najis dadah
Kali ini bukan main-main. Memang betul kes rakyat Malaysia membawa masuk dadah ke Jepun. Ada 2 kes. Kes pertama pesalah menjadi keldai dadah. Dia telah menyembunyikan sejumlah dadah di dalam seluar dalamnya untuk dibawa masuk. Kami mengenalinya kerana diminta menjadi penterjemah oleh keluarganya.
Dipendekkan cerita, dia telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda yang banyak. Kasihan keluarganya yang terpaksa bergolok bergadai untuk dia.
Kes kedua pula, seorang lagi rakyat Malaysia yang telah ditahan kerana membawa masuk dadah. Kali ini saya sendiri yang menjadi penterjemah. Untuk kes ini, saya menjadi lebih faham tentang undang-undang dan prosedur yang berkaitan dengan kesalahan ini kerana ada sesi dengan peguam.
Dalam kes ini, tertuduh membawa dadah untuk kegunaan sendiri dalam kuantiti yang sangat sedikit. Sekali pandang, kes ini tampak seolah-olah ringan kerana ia tidak bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Namun, sesi bersama peguam telah menunjukkan yang sebaliknya.
Di Jepun, kesalahan yang berkaitan dengan dadah ialah a) memiliki dadah (untuk kegunaan sendiri) b) memiliki dadah untuk tujuan mendapatkan keuntungan. c) membawa masuk dadah ke dalam negara untuk salah satu atau kedua-dua tujuan berikut.
Sekiranya anda membawa masuk dadah ke negara Jepun dan ditangkap, anda perlu "menunggu" di lokap balai selama 19 hari (maksimum) sebelum pihak pendakwaraya memutuskan untuk mendakwa anda di mahkamah. Dalam masa 19 hari itu, anda akan disoalsiasat oleh pihak polis dan pendakwaraya. Anda juga akan diberikan peguam yang dilantik oleh kerajaan Jepun.
Sekiranya pihak pendakwaraya memutuskan untuk mendakwa anda, anda terpaksa menunggu lagi sebelum kes pertama disebut, paling cepat 1 bulan. Menurut peguam, matlamat tidak akan menghalalkan cara. Maksudnya, walaupun anda membawa dadah dalam kuantiti yang sangat sedikit pun, anda tetap akan didakwa. Walaupun anda menggunakannya untuk tujuan merangsang motivasi diri untuk kerja (contohnya) tetapi itu semua tidak dikira. Yang penting anda ditangkap ketika memiliki najis dadah tersebut. Kalau cubaan bawa masuk ke negara Jepun, lagilah tinggi pemberatnya. Apatah lagi jika ia adalah untuk tujuan mendapatkan keuntungan.
Apa pun sebagai penterjemah, saya terpaksa mengawal perasaan. Kasihan kepada keluarga yang terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak untuk datang melawat dan membayar penterjemah yang mahal. Satu lagi, apabila ada masalah bahasa, tidak semua yang kita nak sampaikan dapat disampaikan. Tak sama dengan berbahasa sendiri. Kemudian, anda terpaksa masuk di tempat tahanan di negara asing. Janganlah berharap dengan kedutaan. Mereka banyak perkara lain yang perlu diselesaikan.
Oh ya, peguam Jepun yang saya jumpa tempoh hari sangat tinggi integritinya. Beliau tidak mahu menerima apa-apa jua hadiah, mengingatkan kami undang-undang itu adalah undang-undang, yang perlu dibezakan dengan perasaan dan emosi. Juga, beliau tidak akan berkata bohong semata-mata untuk menyelamatkan keadaan.
Kesimpulannya, hati-hatilah sebelum ke negara orang. Jangan tertipu dengan orang yang cuba memperdayakan kita dengan menjanjikan wang yang banyak dengan menjadi keldai dadah. Fikir-fikirkanlah tentang orang yang tersayang.

May 18, 2019
REIWA : Era Maharaja Jepun yang baru, era diri sendiri?
Walaupun setiap semester mengajar dan "memaksa" pelajar-pelajar saya buat blog untuk assignment kelas. Haha.
Dan hari berganti hari, profesion saya pun sudah berubah. Dari menjadi pelajar, kembali mengajar dan berhenti sebagai pensyarah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan sendiri. Masa berlalu amat pantas, saya tak sangka dah bertahun saya tinggalkan blog ini tanpa catatan yang konkrit. Sehinggalah pemergian Imam Hamanaka baru-baru ini (siapa dia Imam Hamanaka, saya akan tulis dalam catatan yang lain), saya tersedar bahawa jika saya tidak menulis, kenangan itu hanya tinggal kenangan. Dan tiada apa yang boleh dilakukan dengan kenangan yang tidak ditinggalkan.
Tahun ini, tahun yang amat bermakna buat saya.
Satu cita-cita yang dah lama saya pendam, iaitu untuk "bekerja dari rumah" sudah tercapai.
Ada satu lagi cita-cita yang belum tercapai, tapi jangan tanya apa dia sebab cita-cita saya pelik belaka. Haha.
Tahun ini era baru untuk Jepun. Maharaja baru yang perlu menangani cabaran yang lain daripada yang dulu. Sama juga seperti saya, perlu menghadapi cabaran baru setelah keluar dari zon selesa. Perkara pertama yang saya nak buat ialah, saya mahu lebih banyak menulis. Tak kisahlah kat mana pun. I just want to keep my ideas, thoughts flowing.
Perkara kedua, saya nak kongsikan refleksi daripada apa yang saya pelajari melalui pengalaman saya di Jepun. Dulu bila handle banyak kelas, saya ada peluang bercerita dengan pelajar-pelajar saya. Sekarang, dah kurang peluang tu sebab cuma mengajar seminggu sekali. Sebelum saya terlupa, lebih baik saya kongsikan. Mungkin pernah dikongsikan di facebook dan sebagainya, tapi saya akan simpan juga di sini.
Perkara ketiga, saya rasa seru itu sudah sampai. Dulu saya tak nak buat, dan saya benci bila buat. Sekarang saya rasa masanya sudah tiba. Apa benda tu? Tak nak bagitau. Hahaha.
Oh ya, gambar ini diambil di Dogo Onsen syotengai, iaitu deretan kedai-kedai di menuju ke arah Dogo Onsen, iaitu onsen (kolam air panas) tertua di Jepun. Dogo onsen ini telah bemula 1000 tahun yang lalu, dan ada disebut di dalam Manyoshu (iaitu koleksi puisi dalam bahasa Jepun klasik yang tertua). Perkataan "Reiwa" juga dipetik daripada Manyoshu ini.
Aug 25, 2012
A Journey to be Missed
When I was younger, I was relatively an anti-social. As a kid, I did mix around with my peers (especially boys) but I always find reasons not to attend weddings, and visit relatives. I was not really into engineering, but when I was offered a scholarship to study engineering in Japan, I took it up because I thought I would not end up working with people (but machines instead).
But gradually, that bad attitude changed when I was in Japan. My Japanese friends treated me well and thought me the importance of trust in a whatever relationship. When I returned home to work as an engineer, I came to realize that machines are only tools to get the job done, but it is human interaction that enriches the work experience. It is also the Japanese who taught me to use senses; see, hear, touch, taste, feel, when we are at "genba" (site). When you "feel" what you are doing, you will have deeper understanding and that will make things work easier.
So when I changed my career to become an educator, in a business faculty, there is no more room for me to deny the value of networking. And I believe that it is my responsibility to nurture the students with this value. To understand them, I must "feel" them. When I can "feel" them, troubleshooting should come easy. I can see how my parents (both teachers) and my teachers did that to theirs. May Allah bless them.
And throughout this short 3 years, I have learnt that to feel and understand them, it takes a lot of time and energy. I make myself available off and online so that we can get in touch whenever they need me (or sometimes vice-versa, LOL). I invite them for tea or meal to talk about other things than textbook or lecture slides, I attend their functions whenever possible, I brought them to my Mom's to have some decent meal (thanks Mak :)), I took them out for activities like picking rambutan and collecting durians or shopping, watching movies, and even to the zoo! haha. I brought them to Japan to see what I saw as a student. I visited their houses during several occasions (so far 5 homes) to get to know their families. Or just as simple as sending a hi message. I know I cannot treat everybody the same, but I just do what I can.
It is nice when once in a while they drop by just to say hi, or sending messages telling their whereabouts. Sometimes they would resort to me to ease their anxiousness in some issues, or just to get somebody to listen to their thoughts and feelings. In some cases, I had to punish them for what they did, so that they won't do the same to other people.
Why I did all this? Because I believe that each and everyone of them has their own potential and that they have someone to refer to if they cannot stay focused. And that life is not all about textbooks. They should nurture their potential through the network they have built at least with me or through me.
So I will be missing all these soon. I hope they will be strong and have all the willingness to improve themselves to a greater height. My prayers will always be with them.
Jul 31, 2011
Alumni. What does it mean to you?
Not knowing what to do tonight, I flipped through papers and letters on the coffee table. Suddenly I saw this...
"Oh, a letter from Kyudai!"
Feeling so excited, I opened it harshly..
2 pamphlets on Kyudai News.
They still remember me!
and they took all the hassle to send me the news (even when they can just send it by email?)
That's why I always say to my students- half of my heart is left there.
Alumni is a crucial platform for ex-students to give back to their school. But just giving back is not enough. The school MUST remember the ex-students as well, otherwise, they will forget their way "home".
It should be a GIVE and TAKE, and WIN-WIN relationship.
Come August, the September. Convocation is approaching and I can't help wondering what UKM Alumni does for its members..
Feb 1, 2011
When was the last time your teacher touched your heart?
This entry is gonna be long. It is a combination of experiences I had over the weekend that really touches my heart. "Touches" not "touched". It touches me every time I recall.
29/1 I went to SMAPK to attend our alumni meeting. After the meeting, we chit-chatted with the Principal.
She told us this.
"Kalau setakat mengajar dalam kelas, itu bukanlah dipanggil "guru", tapi pekerja dalam bidang pendidikan. Pelajar tak ingat pun apa yang dia belajar dalam kelas. Tapi dia ingat ketika gurunya membelikan sebungkus nasi lemak kepadanya . Apa sahaja yang menyentuh perasaannya. Orang yang boleh menyentuh perasaan pelajar dengan berbuat sesuatu demi kebaikan mereka, dialah yang layak dipanggil "guru"."
Her words struck me.
All the way home, these words kept on repeating in my head.
Reason being, today (29th), I was supposed to go to my ex-class teacher's house, to attend his son's wedding. I was very close to this teacher, because he was responsible of developing the foundations of me, and I haven't met him since graduating from primary school; which is 23 years ago.
A brief description about this teacher:
- He drove a red Volkswagen -- JG245
- Sangat macho, kategori handsome yang berjanggut kambing.
- He was my class teacher, taught us Maths and never failed to amaze us with his stories.
- He built that sprinter in me -- tiap-tiap pagi sampai sekolah je kena lari keliling sekolah a few rounds, berlatih sprint sampai penat -- but at the end there was always hot milo and biskut kering (syoknyaaa)
- He was also one of our netball trainers -- like any other sports; football, badminton, etc.
- He would listen to us. Fulfill our request to bring our "teater tepi padang" to the stage -- and still remember who played what role (aku pun dah lupa)
- He wiped my tears and drive away fear of hurting myself during my first days training gymnastics.
- He was the only teacher who had ever caned me (and everybody else in the class!)
His name is Cikgu Rashid Mohd Salleh.
My mother, who attended the wedding, told me that Cikgu Rashid was really looking forward to see me.
Aku telah menjadi sangat tak sampai hati......
sebabnya...when I was at matriculation, I had a chemistry lecturer yang garang but so passionate.
After graduating from my first degree, I heard the news that he was suffering from cancer. Somebody told me that he wanted to see me, but I kept on procrastinating the visit.
Until one day, I received a shocking news that he had passed away....and I regretted for not fulfilling his wish until now....
So back to the story, after finishing the house chores, we drove home to Melaka. Soon as I arrived, I asked my mother the invitation card and saw Cikgu Rashid's hp number.
I smsed him.
"Assalamualaikum Cikgu, Shazlinda ni. Maaf tak dapat datang tadi, ada meeting. Kalau tak keberatan, boleh saya datang rumah Cikgu esok?"
And instantaneously..
"Waalaikumsalam. Jemput datang ke rumah. Saya mmg nak jumpa sangat. Esok datang pukul berapa?"
And so there I was in front of his house the next day at 12 noon.
It was so nice to see him in good shape after 23 years.
We exchanged stories about each other, reminiscing the past memories.
Cerita 1: Drama
"Pada Cikgu, zaman korang la yang paling Cikgu enjoy sekali. Geng Cikgu ; Cikgu Ramli, Cikgu Bahari, Abah awak masih ada. Budak-budak pun tak menunggu disuap. Sekali ajar dah reti buat sendiri. Saya ingat lagi kamu dan Linda datang minta izin nak buat drama. Nazlah, anak Cikgu Muharam, haa..dialah yang jadi permaisuri dalam Ulik Mayang kamu tu. Kamu ingat lagi? ....Patutnya si Lin anak Cikgu Zabidi yang pendiam tu kamu pilih jadi permaisuri..hahahaha"
Cerita 2 : Pontianak
"Kamu pernah nampak pontianak tak?"
"Err~tak pernah Cikgu. Kat mana,kat sekolah ke?"
"Ha'ah, masa tu kami buat perkhemahan kat sekolah"
"Cikgu sendiri nampak?"
"Yee~saya nampak dia melompat dari pokok ke pokok. Tapi bukan pontianak la, penanggal.."
"Haa! Penanggal? So Cikgu nampak la tali perut dia?"
"Nampak~ berjurai2 bermanik2"...Alhamdulillah, dia tak masuk kawasan khemah kita, dah "dipagar" siap2"
"Huuuuuu~"
Cerita 3 : Cerita
"Balik2 pada cerita Lin anak Cikgu Zabidi. Bapak dia SK Tedung, mak dia sekolah ...(aku xingat)..
Mak dia dok fikir kat mana nak sekolahkan..akhirnya dia dia masukkan SRKM2.
Si Lin ni diam je, saya pun tak tahu dia ni ok ke tidak ke...Mak dia pujuk dia, kata lepas seminggu kalau dia tak rasa tak selesa, Mak dia akan tukarkan dia"
Tapi, biasala, saya rasa saya tahu ubat dia."
"Apa dia Cikgu?"
"Cerita! Kamu taulah Cikgu kan suka bercerita. Si Lin yang diam, tunduk je tu, bila time cerita, bukan main lagi mendengar. Dan lepas seminggu bila Mak dia tanya balik, dia kata; tak payahlah tukar sekolah--sebab nak dengar cerita Cikgu!"
--Hah korang, dah Darjah 6 pun ternganga dengar cerita cikgu!--
"Mmmphh, jangan kata Darjah 6, Cikgu, dah naik U pun, kalau time cerita--ternganga juga!"
Cerita 4 : Rotan
"Saya ingat lagi, cikgulah satu-satunya guru yang pernah rotan saya :). Tapi sebenarnya saya taklah takut sangat pada Cikgu. Saya lagi takut kat Cikgu Ramli"
"Hahaha~Cikgu Ramli tu garang sampai habis. Kalau saya, garang tu garang juga, tapi lepas pukul tu saya pujuk balik. Awak dan kawan2 awak pun saya dah anggap macam anak-anak saya sendiri.. Alhamdulillah, anak2 murid saya semua jadi orang."
"Sham, kat mana awak jumpa si Lin ni?" |
"Abang nak bawak balik tak kucing ni?" |
Family + Cikgu |
"Takpe ke Cikgu pakai camni aje?" |
"Lepas ni ajak kawan-kawan semua buat perjumpaan kat rumah saya" |
(Tapi Cikgu kena bagitau awal-awal ya sebab kadang-kadang saya kena pergi bengkel---padahal dalam hati nak selamatkan rumah yang macam tongkang pecah sebelum Cikgu tiba!)
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
During all periods of my stay in Japan, I have always been blessed with warm-hearted Japanese friends. And many of them are at the age of ...
-
In 1998, when I was studying for my degree course in Kyushu Univ 3rd year, I decided to participate as a volunteer in Asia-Pacific Childre...
-
After graduating from Kyushu University, Japan in 2000, I have always had this dream of pursuing my studies to greater heights. But all alo...